adam DARWiSy...

adam DARWiSy...

Thursday, December 3, 2009

YA ALLAH..TENANGKANLAH HATIKU..

Ya Allah..tenangkanlah hati ku dalam menempuh liku-liku kehidupan ini..

Friday, November 6, 2009

kecian bby mama...

bila tiba je time mkn..tp aku still wat xtau je..
then still malas nk cari something utk dimkn..
bby ku mesti akan berdenyut2 mberi amaran..
mama..lapar ni..
msti mcm ni dia jerit..
ok2..nk g gledah dapur jap..
cari ape yg bleh di masak dan dimakan..
husband keje ni..
mmg liat nk mkn sorg2..
for the sake of u my baby..

Wednesday, November 4, 2009

aku rindu..

Rindunya kt suami..huhuh
cepatla balik..xder sape nak kacau aku nak brehat..nak tido..nak makan..
semua xder org kacau..
kalau ada dia..mesti dia yg slalu kacau aku..
papa bey..
mis u so much..
jgn lupa bwak balik dark coklat dari Langkawi nnt..
baby xsabar nk mkn dah..ahaks..

Saturday, October 31, 2009

came back to Penang..my real new life..

aku kembali ke penang..not as a student..but as a teacher..
tabahkan hati aku menabur bakti di SMK TELUK KUMBAR 2..
sekarang ni baru betul2 hidup aku yg baru...
di rumah dgn husband aku..
even serba kekurangan, namun aku bersyukur aku dpt dkt dgn dia..
balik skolah ada org tunggu aku pulang..
perut pun dah semakin membesar..
tp bila pg skolah, org masih xperasan..pakai baju kurungkan..perut xnampak..
rindu sgt ngan semua org di rumah..di usm..dan semua tempat yg kawan2 aku berada..
semua yg dapat sabah dan serawak..
really mis u all..chotek,sue,...
dan ayu, vero, ira,..
mcm nk g cari ira je jap lg kt usm..

Tuesday, October 13, 2009

susah sng utk jd seorng ibu..

masuk je minggu ke 16 ni, aku jadi palik skit..makan semakin memilih..kalu mkn something yg aku kurg nak je..mesti muntah balk..
aduh..baby syg..
jgn la seksa mak kamu mcm ni..
walaupun mcm tu..dlam masa 4minggu ni je berat aku naik 2kg..
nurse smlm suh aku kontrol mkn skit..
katanya sepatutnya naik 0.5kg shj utk kandungan before 20 mggu ni..hehe

dari sumber2 yg aku dapt..semasa usia 16minggu ni bayi sudah pandai mghisap jarinya sendiri, membezakan siang dan malam melalui cahaya didinding rahim dan mula mendengar degupan jantung ibunya..
jantung ibunya shj..hehe
jntung bapanya masih belum boleh dgr..
special jgk jd ibu ni..
xsabar nk tunggu dia bergerak..emmm..hehe

Saturday, October 10, 2009

Rindu datang lagi...

rindu aku datang lagi..
aku rasa rindu sgt ngan kawan2 aku..
semua kawan2 kat usm, maresma jeli, pdg siam ngan sekolah rendah..

usm..
banyak kenangan berharga yang aku dapat disini..
kawan2 yang mmg best dan sekepala semuanya..
disinila wujudnya orang lidi5..


ala..ira xready rupenya..


ha..ni la org lidi5...

masa ni hari penutup kitorang tukar2 adiah..
rindunya..


ni pula semua org lidi5 dgn pasangan msg2
aku je yg sorang time ni..huhu

Friday, October 9, 2009

Alhamdulillah..syukur

Alhamdulillah..akhirnya apa yang ditunggu kuar jgk..aku xtahu apa perasaan aku sekarang..yg aku tahu aku takut nk berdepan dgn bakal student aku..huhu
dah lama sgt cuti, rasa mcm xtahu pe2 je..
dah la aku sorang2 je..ntah sape lg yg dapat penang sama ngan aku.

Tuesday, October 6, 2009

4 lelaki yang akan diheret ke neraka kerana perempuan.

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s: Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat & puasa?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)


2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim, solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)


3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)


4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram di sisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... tak lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka.....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat.

Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah SWT; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...

renung2kan..bersamalah kita merenungnya sekiranya kita sayangkan lelaki2 ini..=)

Sunday, October 4, 2009

kena kacau...

baru je nak mendalami pasal blog ni..dah kena kacau..isk2
sabo je la..

Saturday, October 3, 2009

aku bosan...

bosan plak rasanya hari ni..ntah bila agaknya dapat posting..aku pun xtahu.. sekarang ni pun aktiviti aku cuma tido, makan dan cari maklumat pasal kandungan aku..hehe.. xsabar rasanya nak tunggu dia keluar..
tapi macam takut pun ada..tp harapnya dapatla aku peluang untuk jaga dia, dan tgk dia besar depan mata..30/9 hari tu aku g scan, tgk dia terkapai-kapai dalam perut, teruja sangat aku rasa..hihi.. balik je klinik tu..senyum je sepanjang hari..hahaha..rasa lagi bahagia masa mula-mula dapat suami dulu..haha
jangan marah suamiku..